Rindu ingin bertemu telah sekian lama dipendam rasa. Ia memang ditunggu dan dinanti setiap perantau. Balik raya sudah menjadi perkara wajib untuk melepaskan rindu dikampung halaman. Memang tidak sama kalau beraya ditempat lain.
Kini masanya sudah tiba untuk perantau penyahut seruan desa setelah sebulan menunaikan seruan yang Maha Esa. Kami doakan anda beroleh kesejahteraan sepanjang perjalanan balik raya. Semuga terubat rindumu dan berhati-hatilah bila memandu walau anda dihambat perasaan rindu ditahap maksima, tetapi ingatlah nun jauh di desa sana masih ada yang menanti kepulangan-mu.
Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf zahir Batin Dari kami.
Anda dijemput dengan segala hormatnya
ke Rumah Terbuka Aidilfitri Badrol Hisham Zaki
pada 3 Syawal @ 1hb September (Khamis) Raya Ke 3.
413-P, Jalan Tekukur, 20300 Kuala Terenganu.
Tel : 09-622 3486 H/p 013-930 0656.
No comments:
Write comments