Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Monday 18 April 2011

“PEMUDA HARAPAN BANGSA” Tan Sri Senu Ahmad. Pemuda Umno 1964-1971

TAN SRI SENU ABDUL RAHMAN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO YANG KE EMPAT (1964-1971)
(1970-1971 – Dipangku Oleh Datuk Hj Ahmad, Naib Ketua Pemuda)


“PEMUDA HARAPAN BANGSA”

SENU yang mengambil alih kepimpinan Pemuda pada peringkat awalnya hanya meneruskan dasar-dasar Sardon. Bagaimanapun cabaran pertama Senu bermula apabila Lee Kuan Yew mengusulkan pemindahan Singapura daripada Malaysia.

Kenyataan Lee Kuan Yew tentang status pribumi telah menyentuh perasaan orang Melayu. Pada 14 Mei 1965. Pemuda meluluskan satu resolusi yang mendesak Kerajaan Pusat agar mengambil tindakan terhadap Kuan Yew. Bagaimanapun, mereka terpaksa akur apabila akhirnya Tunku telah mengisytiharkan Tunku telah mengisytiharkan pemisahan Singapura dengan Malaysia pada Ogos 1969 satelah gagal diselesaikan di meja rundingan.


Isu Singapura tidak melemahkan semangat Senu, malah beberapa kejayaan dicapai seperti penubuhan pasukan Pemuda Tahan Lasak, iaitu pasukan yang bertanggungjawab memastikan kemenangan calon-calon Perikatan dan UMNO dalam pilihanraya umum pada tahun 1969. Dalam bidang ekonomi pula, beliau telah menubuhkan Talasco Bhd. Yang menjadi landasan kepada ahli-ahli pemuda menceburkin diri dalam dunia perniagaan pada waktu itu. Rancangan Revolusi Mental yang dilaksanakan oleh Senu telah dibukukan oleh Datuk Ali Hj Ahmad, Hj Hamzah Alang dan Hj Ahmad Badawi pada tahun 1970.

Buku ini disifatkan sebagai langkah Pemuda dalam menyedarkan orang Melayu mengenai masa depan mereka dalam sebuah Negara yang baru mendeka. Peristiwa 13 Mei 1969 telah membantutkan aktiviti Pemuda sehingga akhir tahun 1970. Senu yang tewas dalam pilihanraya 1969 telah dilantik oleh pucuk
pimpinan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Ali Hj Ahmad yang memangku jawatan Ketua Pemuda sehingga pemilihan berikutnya.

Mengenai Tan Sri Senu Bin Abdul Rahman

Tan Sri Senu b. Abdul Rahman dilahirkan pada 10 Oktober 1919 di Jitra, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra pada tahun 1927. Beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tanjung Malim (Maktab Perguruan Sultan Idris) pada tahun 1937 dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Universiti of California, Los Angeles (UCLA) pada tahun 1948 dan memperolehi Ijazah Sarjana Sastera (Sains Politik) pada 1954.

Kerjaya :
  • Guru di Sekolah Sungai Korok Tinggi, Alor Star (1939-1941)
  • Pegawai di Jabatan Pelajaran (1942-1944)
  • Mempunyai pengalaman bekerja dengan Kedutaan Indonesia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1954)
  • Duta Malaysia yang pertama ke Indonesia (1957-1962)
  • Duta Malaysia ke Jerman (1962)
  • Pengarah Pilihanraya Parti Perikatan (1964)
  • Menteri Penerangan dan Penyiaran yang pertama (1964)

Penglibatan politik :
  • Menubuhkan SABERKAS bersama-sama rakan (1943)
  • Setiausaha SABERKAS (1947-1948)
  • Setiausaha Agung UMNO di samping Setiausaha Bersama Parti Perikatan sehingga negara mencapai kemerdekaan tahun 1957.
  • Ahli Parlimen bagi kawasan Kubang Pasu Barat, Kedah
  • Setiausaha Agung UMNO (1968-1978)
  • Ahli Parlimen kawasan Kuala Kedah/ Langkawi menggantikan tempat YTM Tunku Abdul Rahman (1973)
  • Ahli parlimen kawasan Kuala Kedah (1974-1982)

Tan Sri Senu pernah bekerja di Jabatan Penerangan Jepun sebagai pelukis semasa zaman pemerintahan Jepun. Semasa zaman pemerintahan Siam (Thai) pula, beliau pernah bekerja di Jabatan Pelajaran, Kedah. Beliau juga berbakat dalam bidang penerbitan drama di mana beliau pernah menjadi produser semasa zaman pemerintahan Jepun dan Siam. Antara cerita yang dihasilkan ialah 'Aku Berdosa' dan 'Salah Pedoman'. Beliau juga terlibat dalam menyediakan satu dokumen yang berjudul 'Dasar Perjuangan UMNO' pada tahun 1956. Pada tahun 1960 an beliau dan rakan-rakannya bersama-sama menyusun buku yang bertajuk 'Revolusi Mental', yang mengandungi fikiran ahli politik sebagai panduan kepada orang Melayu dalam usaha mengubah dan meningkatkan pemikiran bagi mencapai kemajuan yang lebih tinggi.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Bintang Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) pada tahun 1973 dan Panglima Mangku Negara (P.M.N) pada tahun 1988 oleh DYMM Yang di Pertuan Agong

sumber biodata: mykedah

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !