Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Saturday 23 April 2011

Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu Sedia Gegar Gong Badak

Seperti mana-mana pertandingan kita tidak pernah gagal menghantar atlit terbaik Umno Bahagian Kuala Terengganu untuk merampas kejuaraan. Bertempat di Gong Badak Sport Planet pada 22 &23/04/2011, Pasukan Futsal Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu sudah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi mana-mana tentangan. Pasukan kita yang dilatih untuk menang dan tidak pernah kenal erti kekalahan akan mematahkan semua pasukan yang lalu bagi merangkul kejuaraan.

Pasukan futsal Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang menjalani latihan secara amali dan menggegarkan bumi Vietnam baru-baru ini tidak gentar dengan mana-mana pasukan terutama Pasukan Pemuda Umno Bahagian Kemaman.

Kepada seluruh ahli Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, sokong dan iringi pasukan dengan doa supaya mereka akan cemerlang dalam pertandingan ini. Sokongan anda adalah penting untuk pasukan kita Canggah Lawan Hingga Rebah.

Sokongan anda akan membantu membina kekuatan mental pasukan kita, sekiranya kita rebah, (tak mungkin kita akan kalah) kita tidak menyembah sama sekali, perjuangan tetap diteruskan dalam lain perlawan.

Tetapi tumpuan kita ialah Kemenangan menjulang Piala YAB MB selama 2 hari (22 &23/04/2011) bertempat di Sport Planet , Gong Badak. Doakan kejayaan Team Pemuda dan Puteri Umno Bhg KTrg.

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !