Kami Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dan kami berusaha melakukannya tanpa jemu kearah itu dengan “Program Jauh Dimata Dekat DiHati, Dekat Di Mata Akrab Di Hati.
Kami sekata dalam menyelaraskan kata dan menzahirkannya melalui tindakan yang membuahkan rasa dekat dihati rakyat kepada kami. Walau pun ada suara sumbang yang menuduh pelbagai, ia tidak sedikit pun menggugat perjuangan kami.
Ia tidak akan “Sumbing” dengan suara sumbang tuduhan. Apa yamng telah kami lalui kami jadikan sempadan dan apa yang mendatang tetap kami hadap. Sempena Ramadan dan menanti kedatangan Syawal yang dirindui kami laksanakan pelbagai program untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa dekat Di Mata dan Akrab Di Hati.
Segala program akan kami kongsi bersama anda dalam siri-siri seterusnya. Kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan membuktikan kata melaksanakan cakap kerana kami tahu yang TERBAIK tidak akan pernah datang bergolek. Segala kemungkinan kami hadap
Badrol Hisham
Ketua Pemuda Umno
Bahagian Kuala Terengganu.
No comments:
Write comments