Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Monday 9 May 2011

Kerana biaDAP, 10 NGO Terengganu Lapor Polis.

KUALA TERENGGANU: Diatas kesedaran bahawa, tindakan biaDAP sesetengah pihak begitu angkuh dan berani melakukan satu cubaan untuk mencabar Keluhuran Perlembagaan yang menerapkan nilai-nilai murni yang diamalkan rakyat pelbagai kaum dan agama yang telah membawa pembangunan dan keharmonian bersama, laporan polis telah dilakukan oleh 10 NGO Negeri Terengganu hari ini.


10 NGO terbabit ialah:
  1. Gerakan Belia 4B Malaysia Terengganu
  2. Gagasan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu
  3. Kelab Belia Generasi Perihatin Terengganu
  4. Persatuan Belia Warisan Kuala Nerus
  5. Gerakan Alumni 4B Malaysia Negeri Terengganu
  6. Persatuan Pemotoran Negeri Terengganu
  7. Geng Terengganu
  8. Pekida Kuala Terengganu
  9. sahabat Laut Malaysia Negeri Terengganu
  10. Persatuan Pendekar Marang.
Balai : BALAI POLIS PDRM KUALA TERENGGANU
Daerah: KUALA TERENGGANU
Tarikh: 08.05.2011


10 NGO ini bersatu menentang dan membangkang sekeras-kerasnya tindakan biaDAP cadangan pihak tertentu yang ingin menjadikan Agama Kristian sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Cadangan tersebut telah menafikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) yang menyatakan bahawa Agama islam adalah Agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana Bahagian Persekutuan.

Tindakan ini dilihat sebagai mencabuli Kedaulatan Agama Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini.

Isu-isu sensitif seperti ini seringkali dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk itu laporan ini dilakukan untuk membela kesucian Agama islam yang diamalkan selama ini. Seharusnya, isu-isu keagamaan tidak dilibatkan dalam sebarang isu politik kerana ianya merupakan satu ancaman kepada keharmonian dan kemakmuran negara serta rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Laporan polis ini juga bertujuan menggesa dan mendesak kerajaan Malaysia, pihak polis dan mana-mana badan kerajaan yang berkaitan supaya melakukan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu mahu pun persatuan yang cuba mencabar Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan cuba mengganggu-gugat keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Tindakan biaDAP ini juga membuktikan pihak terbabit tidak mempunyai sikap kepedulian dan mengkhinati 5 Rukun Negara yang telah dimeterai dan diamalkan sekian lama. Tindakan ini juga bukan sekadar biaDAP tetapi sekali gus menghina Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Persekutuan. mereka ini bukan sahaja pengkianat malah penderhaka kepada negara. Kerana itu mereka harus ditentang, kerana itu laporan polis dilakukan terhadap mereka.

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !