Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Tuesday, 3 May 2011

EKORAN PKR DAN PAS LAKU BIADAP TERHADAP MASJID, 7 NGO TERENGGANU LAPOR POLIS 1.5.2011

KUALA TERENGGANU: Ekoran perbuatan laku biadap Pas dan PKR terhadap kesucian Masjid, 7 NGO terengganu bergabung membuat laporan polis di Balai Polis Kuala terengganu 1.5.2011. 7 NGO ini menentang dan membangkang sekeras-kerasnya tindakan biadap Parti PKR dan Pas yang membawa masuk bukan islam ke dalam Rumah Allah dan membuat kekecohan pada 29 April 2011. Kejadian berlaku di Masjid Amru Al-as bandar Baru Sentul Kuala Lumpur.

Menurut SU SELAM, tindakan PKR dan PAS sama sekali telah mencabul kedaulatan agama dan menidakkan kesucian masjid sebagai tempat ibadat umat islam. Perbuatan ini bukan sekadar mencabuli kehormatan masjid malah memberikan gambaran negatif terhadap fungsi masjid di mata dunia.

Kebiadaban PKR Dan Pas ini, mendorong 7 NGO bergabung sekata membuat laporan polis ini membantah sekeras-kerasnya pencerobohan terhadap fungsi masjid yang bakal mengundang perpecahan dan rasa tidak selamat masyarakat. laporan ini juga bertujuan supaya satu siasatan dilakukan dan menghadapkan mereka yang mengembangkan perasaan gelisah dan tidak selesa dalam masyarakat yang aman damai ke muka pengadilan. Dengan tindakan ini, suasana kemakmuran dapat dipertahankan dan isu-isu sensitif yang membabitkan kebebasan kepercayaan sesuatu kaum tidak
diusik dan terjaga.

Tarikh: 1.5.2011
Tempat: Pejabat Polis Kuala Terengganu.
Laporan oleh SU SAHABAT LAUT MALAYSIA (SELAM)
  1. SAHABAT LAUT MALAYSIA (SELAM)
  2. KELAB BELIA GENERASI PERIHATIN
  3. ALUMNI 4B TERENGGANU
  4. KELAB PERMOTORAN PARLIMEN KUALA TERENGGANU
  5. GERAKAN BELIA 4B TERENGGANU
  6. PERSATUAN PENDEKAR MARANG
  7. GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) TERENGGANU

Interested for our works and services?
Get more of our update !