Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Friday 8 April 2011

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 3

Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam beberapa siri posting berikutnya, saya akan mengemukan sejarah perjuangan Pemuda Umno Malaysia bermula sebelum merdeka sehingga kini. Cerita yang ditulis oleh Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah dimuatkan dalam Pemuda Umno Online diolah dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih pendek. Tujuan posting ini dilakukan agar ia sentiasa menjadi panduan kepada diri sendiri dan juga sahabat dalam menghayati sejarah untuk kita mencipta sejarah baru pemuda di masa yang akan datang – Badrol Hisham Zaki. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 3

Oleh : Mohd Khusairi Abdul Talib

Dato” Onn pada mulanya membantah cadangan Pemuda UMNO ini. Baginya , slogan “Hidup Melayu” telah berakar umbi dalam jiwa orang Melayu selama lebih lima tahun, dan slogan itulah yang telah dapat menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu daripada perpecahan sejak beratus-ratus tahun sebelum penubuhan UMNO.

Selain, itu, Dato’ Onn berpendapat, slogan “Merdeka” pernah dilaungkan oleh PKMM pimpinan Ibrahim Yaakub, satu pertubuhan yang telah diharamkan oleh Inggeris dan pernah bermusuhan dengan UMNO.



Tun Sardon pula berpendapat, tindakan Pemuda hendak menukar slogan kepada “Merdeka” tidak akan mengubah pendirian orang Melayu untuk terus hidup bersatu padu. Malah menurutnya, Melayu akan terus hidup di bumi Melayu berdasarkan pesanan Hang Tuah, “tak kan Melayu hilang di dunia”.

Akhirnya, dalam Perhimpunan UMNO pada 1951 telah diputuskan supaya slogan “Hidup Melayu” ditukar kepada “Merdeka”, sekali gus mengiktiraf perjuangan Pemuda UMNO dalam merealisasikan sebuah Negara merdeka.

Sejak dari itu, slogan “Merdeka” meniti di bibir orang Melayu, dan semakin merunsingkan pihak Inggeris. Tetapi slogan tanpa tindakan tidak akan dapat membawa orang Melayu ke mana-mana, dan slogan itulah yang menjadi pemangkin kepada UMNO untuk lebih serius menuntut kemerdekaan.

Inggeris merasakan Perikatan Pemuda menjadi ancaman terhadap kepentingan mereka sehingga mengugut untuk mengharamkan perikatan itu. Tetapi Tun Sardon mencabar Inggeris berbuat demikian, dan ketegasan Pemuda itu turut mendapat sokongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang menggantikan Dato’ Onn selaku Yang Dipertua UMNO pada 1951.

Bagi memperkukuhkan lagi gerakan Pemuda sebagai kumpulan pendesak untuk mendapat kemerkdekaan, nama Perikatan Pemuda UMNO telah ditukar kepada Pergerakan Pemuda UMNO pada 1955. Nama tersebut ditambah dengan perkataan Malaysia pada 1963 apabila Malaysia dibentuk dan kekal hingga ke hari ini.

Akibat desakan yang bertali arus dari Pergerakan Pemuda UMNO dan semangat kebangsaan yang ditunjukkan oleh orang Melayu di seluruh tanahair, akhirnya Inggeris bersedia memberikan kemerdekaan, tetapi tarikhnya menjadi tandatanya di kalangan orang Melayu. Tunku Abdul Rahman sentiasa bertolak ansur kepadapihak Inggeris dalam menentukan tarikh kemerdekaan, tatapi

Pergerakan Pemuda UMNO di bawah pimpinan Tun Sardon telah sekali lagi memainkan peranan sebagai “pressure group” dengan mendesak supaya tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Persidangan Agung UMNO pada 26 dan 27 Disember 1955 telah meluluskan cadangan yang dibentangkan oleh Tun Sardon dan Inggeris akhirnya bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan
Pemuda UMNO itu.

Malahan beberapa hari sebelum kemerdekaan dicapai, Pemuda UMNO mendesak supaya bendera Union Jack diturunkan pada detik 31 Ogos 1957 untuk digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu sebagai simbol kemerdekaan tanahair. Desakan Pemuda UMNO ini mulanya mendapat
bantahan dari Pesuruhjaya Tinggi British dengan alasan tindakan itu boleh menjatuhkan maruah Inggeris.

Bagaimanapun Pemuda UMNO berpendapat maruah orang Melayu yang telah dijajah sejak sekian lama adalah lebih penting dan satu simbol pembebasan dan pemulihannya perlu dilakukan. Pada detik 31 Ogos 1957, berlakulah satu lagi peristiwa bersejarah di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur apabila bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan sebagai simbol kemerdekaan dan pembebasan tanahair daripada belenggu penjajahan Inggeris. Sekali lagi, imej Pemuda UMNO dalam melakarkan sejarah penting Negara tercatat.

Perjuangan Pemuda UMNO tidak habis setakat mencapai kemerdekaan semata. Ketika Negara terus dilanda darurat akibat keengganan komunis mengiktiraf kemerdekaan, Pemuda UMNO memainkan peranan menyakinkan rakyat terhadap konsep sebuah Negara merdeka. Akhirnya darurat ditamatkan pada 1960.

Tetapi Pemuda UMNO sekali lagi berhadapan dengan cabaran apabila Indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia, apabila Negara jiran itu tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia pada 1963.

Pemuda UMNO sentiasa memperrtahankan pembentukan Malaysia melalui keputusan yang
dibentangkan oleh Suruhanjaya Cobbold. Sehingga di satu peringkat, apabila Indonesia terus berkeras, Tun Sardon telah mencabar Aidit, pemimpin Indonesia yang celupar ketika itu, untuk bertumbuk dengannya. Walaupun tindakan itu dilihat kenanak-anakan, tetapi itulah antara symbol betapa Pemuda UMNO sanggup melakukan aoa sahaja demi memperrtahankan maruah dan kedaulatan Negara.

Tun Sardon dan Datuk Ahmad memimpin Pemuda UMNO selama 14 tahun. Ketika itu terlalu ramai pemimpin pergerakan berkenaan berusia lebih 40 tahun. Satu pindaan dilakukan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO apabila umur bagi meminpin pergerakan itu dihadkan kepada 40 tahun, kecuali jawatan Ketua Pemuda.

Pada 1964, buat pertama kalinya dalam sejarah, jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan Tun Sardon ditentang oleh sahabat karibnya. Datuk Senu Abdul Rahman. Tun Sardon tewas dan berakhirlah satu era lagenda dalam kepimpinan Pemuda UMNO. Era Tun Sardon bolehlah dianggap sebagai satu asas pembentukan perjuangan dan imej Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan sememangnya masih menular dalam pergerakan tersebut hingga hari ini.

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !