Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Friday 8 April 2011

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 2

Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam beberapa siri posting berikutnya, saya akan mengemukan sejarah perjuangan Pemuda Umno Malaysia bermula sebelum merdeka sehingga kini. Cerita yang ditulis oleh Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah dimuatkan dalam Pemuda Umno Online diolah dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih pendek. Tujuan posting ini dilakukan agar ia sentiasa menjadi panduan kepada diri sendiri dan juga sahabat dalam menghayati sejarah untuk kita mencipta sejarah baru pemuda di masa yang akan datang – Badrol Hisham Zaki. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 2

Oleh : Mohd Khusairi Abdul Talib

Perikatan Pemuda UMNO kemudiannya menerima kehadiran Dato’ Abdul Razak bin Hussain (kemudiannya Tun) selaku ketua secara tidak dirancang. Ketika hadir sebagai pemerhati dalam Persidangan Perikatan Pemuda pada Ogos 1950 di Kuala Lumpur, para perwakilan telah melantik Tun Razak sekalu Ketua Perikatan Pemuda tanpa ditandingi, walaupun ianya tidak dijangkakan oleh pemimpin kelahiran Pahang ini. Tun Razak menerima jawatan itu, biarpun beliau lebih banyak menjurus tenaga kepemimpinannya terhadap UMNO keseluruhannya.

Pada tahun 1951, Tun Razak dan Tun Sardon jubir membuat satu persefahaman yang agak unik dalam sejarah UMNO. Mereka bersetuju untuk bertukar jawatan masing-masing, dengan Tun Razak mengambil alih jawatan Timbalan Presiden – orang kedua pentingnya di dalam UMNO selepas Dato’ Onn, dan Tun Sardon menjadi Ketua Perikatan Pemuda. Dari situ, ber4mulalah era baru dalam sejarah kepemimpinan Pemuda, dari sebuah pergerakan yang dilihat agak pasif, kepada satu gerakan pendesak yang digeruni oleh pihak lawan, termasuk daripada penjajah Inggeris.

Perikatan Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Tun Sardon selaku ketua, dan Datuk Ahmad Badawi selaku naib ketua telah melakarkan satu sejarah Pemuda yang cukup berwibawa, tegas dan drastic. Dalam menghadapi era pra-merdeka, Tun Sardon berjaya mencorakkan Perikatan Pemuda UMNO sebagai satu kumpulan pendesak (pressure group) yang tidak pernah dimimpikan oleh sesiapa sebelumnya.

Perikatan Pemuda UMNO telah banyak memainkan peranan mempercepatkan proses kemerdekaan Negara, satu perkara yang dianggap oleh Inggeris sebagai benar-benar mengancam kedudukan mereka. Selain itu, Tun sardon telah dapat memulihkan semula maruah orang Melayu yang telah dijajah selama 446 tahun, dengan beberapa tindakan tegas yang mencabar keangkuhan Inggeris, khususnya menjelang kemerdekaan.

Pada 1951, Perikatan Pemuda UMNO mencadangkan supaya slogan “Hidup Melayu” ditukarkan kepada “Merdeka” . Bagi Pemuda, apa gunanya Melayu terus hidup sedangkan diri dijajah. Biarpun slogan “Hidup Melayu” telah dapat membangkitkan semangat orang Melayu untuk menentang Malayan Union dan membawa kepada penubuhan UMNO pada 1946, tetapi slogan itu perlu ditukar kepada satu perjuangan yang lebih jelas, iaitu menuntut kemerdekaan hakiki daripada Inggeris.

Bersambung ke bahagian 3

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !