Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Thursday 7 April 2011

Menghayati Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO

Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam beberapa siri posting berikutnya, saya akan mengemukan sejarah perjuangan Pemuda Umno Malaysia bermula sebelum merdeka sehingga kini. Cerita yang ditulis oleh Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah dimuatkan dalam Pemuda Umno Online diolah dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih pendek. Tujuan posting ini dilakukan agar ia sentiasa menjadi panduan kepada diri sendiri dan juga sahabat dalam menghayati sejarah untuk kita mencipta sejarah baru pemuda di masa yang akan datang – Badrol Hisham Zaki. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 1

Oleh : Mohd Khusairi Abdul Talib
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang wujud ketika ini telah melalui pelbagai proses kematangan dan cabaran sejak mula ditubuhkan. Ia telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin Negara yang berkaliber dan disegani, dan sentiasa menekankan soal kepentingan bangsa Melayu sebagai intipati perjuangannya. Biarpun pergerakan ini dIterajui silih berganti, tetapi asas perjuangannya tetap sama, iaitu sebagai kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu membabitkan agama, bangsa dan Negara. Pemuda UMNO sentiasa berperanan selaku sayap kanan kepada badan induk UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan Negara sejak Pilihanraya Umum 1955.



Sejak sebelum mencapai kemerdekaan, pendekatan yang digunakan Pemuda UMNO sentiasa digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan. Pendekatan yang sentiasa tegas , lantang dan berani adalah imej sebenar Pemuda UMNO. Setiap isu yang mencabar kepentingan agama, bangsa dan Negara akan diladeni oleh Pemuda UMNO) dengan nadanya yang tersendiri, sehinggakan kadang kala merunsingkan kepimpinan induk UMNO. Tetapi itulah cara Pemuda UMNO, yang pantang dicabar dan sanggup melakukan apa sahaja demi maruah agama, bangsa dan tanahair.

Sejarah penubuhan Pemuda UMNO bermula pada 1 dan 2 Mac 1947, apabila Persidangan Agung UMNO di Seremban memutuskan untuk menubuhkan beberapa jabatan baru dalam parti itu, termasuk Jabatan Pemuda. Jabatan baru ini bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan muda Melayu menyertai UMNO. Kapten Hussein, anak Yang Dipertua UMNO Dato’ Onn Jaafar, telah dilantik sebagai Ketua Pemuda ketika berusia 26 tahun. Tiga tahun selepas Jabatan Pemuda dibentuk, peranannya tidak begitu jelas kerana masih wujud organisasi golongan muda yang lain di Tanah Melayu. Malah ada di antara organisasi muda itu mempertikaikan peranan Jabatan Pemuda.

Pada 26 Ogos 1949, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah menganjurkan satu persidangan wakil - wakil UMNO dari bahagian-bahagian dengan wakil-wakil pemuda bagi membincangkan hala tuju dan masa depan Jabatan Pemuda. Persidangan itu berlangsung di Butterworth, Seberang Prai dan dihadiri Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Sebagai Penasihat dan Kapten Hussein sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO serta 25 orang wakil dari 14 bahagian UMNO.

Perbincangan utama adalah untuk memperluaskan fungsi Jabatan Pemuda dengan menubuhkan perikatan antara pemuda-pemuda UMNO dan bahagianbahagian UMNO di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Nama Jabatan Pemuda ditukar kepada Perikatan Pemuda UMNO. Perikatan ini bukan sahaja menjadi sebuah badan yang tersendiri tetapi turut memiliki undang-undang dan peraturan
mesyuaratnya sendiri.

Buat pertama kalinya Pemuda UMNO mempunyai barisan jawatankuasa yang lengkap bagi tempoh 1949-1950, di mana Kapten Hussein dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO yang pertama. Selain itu, wakil ke persidangan Majlis Mesyuarat Agung Pemuda UMNO turut dilantik iaitu Tuan Haji Ahmad bin Abdullah Fahmi dan Encik Shafie Ibrahim.

Setelah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Ogos 1949, Perikatan Pemuda UMNO memainkan peranan menjaga kebajikan pemuda berpandukan undang-undang Perikatan Pemuda dan undang-undang Tubuh UMNO. Peranan Perikatan Pemuda UMNO ketika itu adalah sebagai pelaksana terhadap dasar-dasar yang diputuskan oleh badan induk UMNO berlandaskan slogan “Hidup Melayu” . Kapten Hussein telah melepaskan jawatan Ketua Perikatan Pemuda UMNO pada Ogos 1950 apabila beliau dilantik Setiausaha Agung UMNO menggantikan Datuk Panglima Bukit Gantang.

Bersambung ke bahagian ke 2

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !