Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Sunday 22 July 2012

Dedikasi Sukarelawan BNYV Geng Masjid Perlu Dicontohi.

Dedikasi dan komitmen mereka sungguh memberangsangkan. Walaupun baru saja ditubuhkan, sukarelawan BNYV adalah sukarelawan Muda BN (Geng Masjid) yang dianggotai oleh anak-anak muda dipersekitaran Kuala Terengganu.

Kumpulan seramai 50 anggota bermotorsikal ini begitu tekun dan fokus dalam setiap aktiviti. Kehadiran sukarelawan BNYV dalam Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ini telah banyak membantu membereskan banyak perkara. Mereka tidak kekok dan menunjukkan minat yang mendalam dalam melakukan kerja amal.

Kehadiran sukarelawan BNYV juga telah mempercepatkan kerja-kerja pengagihan dan penyerahan produk bantuan berupa beras dan khurma sempena ramadhan kepada warga emas dan juga warga OKU di persekitaan Ladang.

Selain daripada aktiviti beramal sambil bermotorsikal, sukarelawan BNYV juga turut membantu mempersiap dan membersihkan kawasan persekitaran lokasi program.

Kepada sukarelawan Geng Masjid BNYV, sumbangan anda amat kami hargai dan jutaan terima kasih kami ucapkan. Tahniah juga kami ucapkan kerana telah berjaya menubuhkan dan melancarkan Sukarelawan Geng Masjid. terima Kasih dan Tahniah daripada kami.

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !