Pemuda yakin menang berdasarkan sokongan golongan muda
Oleh: W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN SINAR HARIAN
KUALA TERENGGANU Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi menawan semua kerusi di Parlimen K. Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang berdasar kepada sokongan pengundi muda yang meningkat dari masa ke masa.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrul Hisham Zaki berkata, kira-kira 49 peratus pengundi muda di negeri ini dilihat memberi satu petunjuk keyakinan untuk bersama BN.
Walaupun yakin dengan sokongan muda, pihaknya tidak meletakkan kedudukan dalam zon selesa dan terus mempertingkatkan sokongan melalui program yang telah dan akan dilaksanakan.
Program yang kita atur ini menjurus kepada pilihan raya dan dalam masa tiga hingga enarn bulan ini, Kita atur pelbagai program sehingga menjelang pilihan raya” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini.
Paling terdekat, karnival sukan secara besar-besaran pada 2 hingga 4 Mac ini yang diadakan serentak di semua bahagian termasuk Kuala Terengganu.
Kata Badrul Hisharn pada program itu akan diadakan pertandingan futsal, bola sepak jalanan'3 on 3', sepak takraw, badminton dan ping pong, selain konsert Wali Band pada 6 Mac ini.
Selain itu, program permotoran turut dianjurkan dalam menarik minat golongan muda yang sukakan aktiviti bermotosikal, 'sprint test' dan pelbagai program lain seperti jelajah di luar Kuala Terengganu dan luar Terengganu serta konsep santai bersama orang muda.
Berdasarkan apa yang telah kita buat melalui penganjuran program, berdamping dengan masyarakat dan memenuhi kehendak mereka, golongan muda menunjukkan sokongan memberangsangkan di Kuala Terengganu dan Idta akan pertingkatkan keyakinan mereka sehingga pilihan raya
Menurutnya, Pemuda Umno Bahagian itu tidak akan memandang mudah dalam menarik golongan muda kerana mereka boleh melakukan perubahan drastik dalam masa singkat.
Keadaan itu katanya, ditambah dengan gerakan yang dilakukan pembangkang untuk menawan hati golongan muda dan strategi akhir yang ditumpukan untuk menarik undi golongan tersebut.
Sementara itu, ditanya mengenai calon, beliau berkata, golongan muda tidak kisah siapa yang dicalonkan kerana yakin mereka boleh memahami dengan jelas bahawa hanya BN yang membela rakyat dari dahulu hingga sekarang.
"Kita akan pastikan momentum golongan muda kepada BN akan dipupuk supaya tidak berlaku pengundi berubah pada saat akhir" katanya.
No comments:
Write comments