KUALA TERENGGANU: Setiap saat, setiap detik Azlas Jaafar menyimpan perasaan menggunung untuk menziarahi pusara ayahnya yang turut terkorban dalam insiden Bukit Kepong. Walau pun insiden yang ganas dan panas itu telah menjadi nota hitam dalam lipatan sejarah negara namun masih ia masih belum lagi menjadi coretan sejarah dalam dalam hidup Azlas yang telah menyimpan hasrat dan niat selama lebih 60 tahun untuk menziarahi pusara ayahnya itu.
Azlas tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar suatu hari niat dan doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Pelbagai usaha telah dilakukan Azlas termasuk menyuarakan hasrat beliau kepada Biro Kebajikan Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu.
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang sentiasa Dekat Di mata Dan Akrab Di hati Rakyat melalui ketuanya Sdr Badrol Hisham Zaki merancang dan melakukan gerak kerja untuk membantu menzahirkan impian Azlas anak 'Wira Negara' itu.
Misi untuk membantu Azlas menjadi lebih cerah apabila Pejabat Daerah Kuala Terengganu menyatakan kesediaan untuk membantu. Segala persiapan telah diatur rapi dan akhirnya pada hari khamis, 20/10/2011 jam 10 pagi rombongan seramai 8 orang telah bertolak ke Bukit Kepong dengan menaiki 2 kenderaan yang disediakan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu.
Perjalanan ke Bukit Kepong mengambil masa 8 jam. Rombongan ini menginap di sebuah hotel yang paling hampir dengan Bukit Kepong sebelum meneruskan perjalanan untuk melawat pusara ayahanda Azlas Jaafar.
Pagi keesokkan harinya, rombongan meneruskan perjalanan ke Bukit Kepong . Pada jam 10 pagi, rombongan tiba di Bukit Kepong untuk menziarahi pusara ayahanda Jaafar Hassan. Azlas Jaafar begitu bersyukur dapat menziarahi pusara ayahandanya yang telah lama berhasrat .
Bacaan Yaíasin dan sedikit tahlil ringkas diadakan oleh kumpulan rombongan. Ketibaan Azlas Jaafar diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua-ketua polis negeri , serta waris-waris pejuang peristiwa Bukit Kepong yang turut serta menziarahi pusara-pusara pejuang Bukit Kepong.
Rombongan bertolak balik pada jam 12 tengahari dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 9 malam. Alhamdulillah dan bersyukur kepada ALLAH, selamat pergi dan balik . PPUBKT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan kepimpinan UMNO cawangan Taman Permint Jaya, Kuala Terengganu.
<<<Tukar HUTANG KAD KREDIT anda kepada EASY PAYMENT PLAN(EPP) dengan kadar 0% INTEREST!! dan cash advance dengan kadar interest lebih rendah
ReplyDeletehttp://malaysiaepp.blogspot.com/p/home.html