Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Friday 9 September 2011

Kes Selesai. Pemuda Guna Kaedah Perubatan TM Untuk Pastikan Setiap Yang Diukir Tidak Dimungkiri.

28/08/2011  KUALA TERENGGANU: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Sdr Badrol Hisham semasa pendedahan kes 4 warga tempatan tanpa Negara telah berjanji dalam kenyataannya bahawa masalah yang dihadapi 4 warga terbabit akan diuruselesaikan oleh Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu. Itulah janji yang diukir Badrol Hisham kerana menyedari tentang tanggungjawab untuk pemuda melaksanakan amanah rakyat dan menunaikan janji “Rakyat Didahulukan” kerajaan 1 Malaysia.
Empat pelajar kelahiran tempatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran sebelum ini telah dikesan dan mereka hidup seperti pelarian dibumi kelahiran mereka sendiri. Akibatnya mereka tidak menikmati pelbagai faedah istimewa sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara yang lain. Untuk makluman mangsa terbabit tinggal di kawasan seliaan Pas Parlimen Kuala Terengganu iaitu di DUN Batu Burok yang sudah 5 penggal bersama Pas.

Badrol Hisham ketika dihubungi melalui sms memberitahu, “kami Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu disetiap cawangan berusaha keras untuk mengenal pasti sebarang permasalahan yang dihadapi rakyat diakar umbi terutama rakyat yang sudah sekian lama terabai terutama di kawasan yang dijajah oleh Pas semenjak sekian lama. Sebagaimana yang telah dijanjikan kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai generasi muda untuk mempastikan setiap anggota masyarakat dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan tanpa ada yang tersisih”.


Sambil memberitahu permasalahan yang dihadapi 4 warga terbabit telah Berjaya diselesaikan oleh Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu. Kaedah Perubatan TM  (Tun Mahathir) diguna pakai untuk menyelelesaikan kes ini. Kaedah mudah dan amat berkesan ini ialah:
1.Mengenal Pasti
2.Menganalisa
3.Mencadang Kaedah/Pelan Penyelesaian.
4.Melaksanakan Kaedah/Pelan Penyelesaian.
5.Memantau Perjalanan Pelan Penyelesaian

Untuk mejamin apa yang dicakap dibikin, Pemuda sekali lagi melakukan lawatan susulan ke kediaman mangsa. Lawatan susulan kali ini turut dimantapkan dengan kehadiran pihak JPN dan PPD Kuala Terengganu. Lawatan ini penting bagi untuk memberikan gambaran dan suasana sebenar yang dihadapi mangsa kepada pihak berwajib.

JPN diwakili  penolong pengarah, Cik Norasyikin dan telah menyerahkan 2 sijil kelahiran yang telah siap kepada kak Rohani. Baki 2 lagi sijil yang belum siap kerana sedang diproses JPN Putrajaya dan Selangor.
Pengarah PPD, Tuan Haji Matsor bin Ismail juga telah berjanji akan menyelesaikan masalah berhubung pendaftaran persekolahan mereka secepat mungkin.


Sebagai permulaan dan persiapan mereka untuk menghadapi alam persekolahan nanti, Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu, Sdr badrol Hisham telah menyumbangkan beberapa barangan utama persekolahan berupa beg, pakaian, dan juga kasut.
Sumber Gambar dan Cerita:
Facebook Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !