Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Sunday 4 September 2011

Kemelut 4 Warga Tanpa Negara Akhirnya Terurai Ditangan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu


4 Ogos 2011 Tiada sijil kelahiran... tidak boleh bersekolah

KUALA TERENGGANU: Tiada tempat di sekolah bagi empat beradik seperti kanak-kanak lain apabila mereka didapati tidak mempunyai sijil kelahiran.
Norhidayah Mohd Zaki, sembilan tahun, dan adik-adiknya - Nordiana, lapan tahun; Mohd Alif, tujuh tahun; dan Mohd Syawal, lima tahun - tidak boleh masuk sekolah, yang memerlukan dokumen-dokumen itu bagi tujuan pendaftaran.

Ibu mereka, Cik Rohani Ngah, 33 tahun, mengaku bahawa masalah tersebut berpunca daripada kelalaiannya.

Cik Rohani berkata, beliau telah menikahi suaminya, Encik Mohd Zaki Othman, 48 tahun, tanpa restu daripada keluarganya.

'Saya sanggup dipersalahkan kerana kami tidak pernah memikirkan kesan jangka panjangnya apabila kami menikah.

 'Sekarang anak-anak kami terpaksa menghadapi akibat daripada kesilapan kami; tidak ada bukti perkahwinan bermakna tidak ada sijil kelahiran bagi anak-anak,' kata Cik Rohani, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, di sini, kelmarin.
Cik Rohani menjelaskan bahawa anak kelima mereka, Nurul Fatihah, yang berusia tiga tahun, mendapat sijil kelahirannya selepas beliau dan suaminya akhirnya mendaftarkan perkahwinan mereka pada 2005.

'Amat memalukan apabila jiran kami memandang rendah kepada kami,' kata Cik Rohani, sambil menambah bahawa beliau kini bergantung kepada Biro Aduan Pemuda Umno bagi mendapatkan bantuan.

Cik Rohani berkata, hatinya hancur setiap kali melihat wajah sedih anak-anaknya itu apabila mereka meminta disekolahkan seperti kanakkanak lain.

Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Encik Badrol Hisham Zaki, telah memberi jaminan bahawa beliau akan membantu mereka mengatasi masalah mereka itu secepat mungkin.

'Siasatan kami menunjukkan ia tidak seharusnya menjadi satu masalah (bagi mendapatkan sijil-sijil kelahiran itu), kerana ibu bapanya adalah warga Malaysia.

Bagaimanapun, kami telah memberikan Jabatan Pendaftaran Negara waktu untuk menyelesaikan perkara itu,' kata beliau. -- The Star.

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !