Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Wednesday, 3 December 2014

Kami Komited Membantu Wanita Dalam Komuniti

Kami komited membantu wanita menambah pengetahuan dengan latihan untuk menjana pendapatan.

Selain daripada menjalankan perniagaan kami tidak lupa membantu wanita-wanita tempatan untuk menambah pengetahuan dan mempelajari cara-cara untuk membuat kek.

Latihan diberikan dari semasa kesemasa oleh tenaga professional yang kami jemput khas. Selain daripada menimba pengalaman, kaum ibu dalam komuniti kami berpeluang untuk menjana pendapatan melalui latihan yang diberikan.

Kegembiraan mereka adalah kemuncak pencapaian kami membantu mereka. Anda juga berpeluang mengikutinya dan sentiasalah keruangan ini atau kunjungi mana-mana outlet kami untuk maklumat lanjut

ZIQ BAKERY CAKE

Wednesday, 26 October 2011

Pemuda UMNO Kuala Terengganu Bantu Azlas Capai Impian Di Pusara

Misi Membantu Azlas.. Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang sentiasa Dekat Di mata Dan Akrab Di hati Rakyat

KUALA TERENGGANU: Setiap saat, setiap detik Azlas Jaafar menyimpan perasaan menggunung untuk menziarahi pusara ayahnya yang turut terkorban dalam insiden Bukit Kepong. Walau pun insiden yang ganas dan panas itu telah  menjadi nota hitam dalam lipatan sejarah negara namun masih ia masih belum lagi menjadi coretan sejarah dalam dalam hidup Azlas yang telah menyimpan hasrat dan niat selama lebih 60 tahun untuk menziarahi pusara ayahnya itu.

Azlas tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar suatu hari niat dan doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Pelbagai usaha telah dilakukan Azlas termasuk menyuarakan hasrat beliau kepada Biro Kebajikan Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang sentiasa Dekat Di mata Dan Akrab Di hati Rakyat melalui ketuanya Sdr Badrol Hisham Zaki merancang dan melakukan gerak kerja untuk membantu menzahirkan impian Azlas anak 'Wira Negara' itu.

Misi untuk membantu Azlas menjadi lebih cerah apabila Pejabat Daerah Kuala Terengganu menyatakan kesediaan untuk membantu. Segala persiapan telah diatur rapi dan akhirnya pada hari khamis, 20/10/2011 jam 10 pagi rombongan seramai 8 orang telah bertolak ke Bukit Kepong dengan menaiki 2 kenderaan yang disediakan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

Perjalanan ke Bukit Kepong mengambil masa 8 jam. Rombongan ini menginap di sebuah hotel yang paling hampir dengan Bukit Kepong sebelum meneruskan perjalanan untuk melawat pusara ayahanda Azlas Jaafar.

Pagi keesokkan harinya, rombongan meneruskan perjalanan ke Bukit Kepong . Pada jam 10 pagi, rombongan tiba di Bukit Kepong untuk menziarahi pusara ayahanda Jaafar Hassan. Azlas Jaafar begitu bersyukur dapat menziarahi pusara ayahandanya yang telah lama berhasrat .

Bacaan Yaíasin dan sedikit tahlil ringkas diadakan oleh kumpulan rombongan. Ketibaan Azlas Jaafar diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua-ketua polis negeri , serta waris-waris pejuang peristiwa Bukit Kepong yang turut serta menziarahi pusara-pusara pejuang Bukit Kepong.

Rombongan bertolak balik pada jam 12 tengahari dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 9 malam. Alhamdulillah dan bersyukur kepada ALLAH, selamat pergi dan balik . PPUBKT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan kepimpinan UMNO cawangan Taman Permint Jaya, Kuala Terengganu.

Friday, 9 September 2011

Kes Selesai. Pemuda Guna Kaedah Perubatan TM Untuk Pastikan Setiap Yang Diukir Tidak Dimungkiri.

28/08/2011  KUALA TERENGGANU: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Sdr Badrol Hisham semasa pendedahan kes 4 warga tempatan tanpa Negara telah berjanji dalam kenyataannya bahawa masalah yang dihadapi 4 warga terbabit akan diuruselesaikan oleh Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu. Itulah janji yang diukir Badrol Hisham kerana menyedari tentang tanggungjawab untuk pemuda melaksanakan amanah rakyat dan menunaikan janji “Rakyat Didahulukan” kerajaan 1 Malaysia.
Empat pelajar kelahiran tempatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran sebelum ini telah dikesan dan mereka hidup seperti pelarian dibumi kelahiran mereka sendiri. Akibatnya mereka tidak menikmati pelbagai faedah istimewa sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara yang lain. Untuk makluman mangsa terbabit tinggal di kawasan seliaan Pas Parlimen Kuala Terengganu iaitu di DUN Batu Burok yang sudah 5 penggal bersama Pas.

Badrol Hisham ketika dihubungi melalui sms memberitahu, “kami Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu disetiap cawangan berusaha keras untuk mengenal pasti sebarang permasalahan yang dihadapi rakyat diakar umbi terutama rakyat yang sudah sekian lama terabai terutama di kawasan yang dijajah oleh Pas semenjak sekian lama. Sebagaimana yang telah dijanjikan kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai generasi muda untuk mempastikan setiap anggota masyarakat dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan tanpa ada yang tersisih”.


Sambil memberitahu permasalahan yang dihadapi 4 warga terbabit telah Berjaya diselesaikan oleh Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu. Kaedah Perubatan TM  (Tun Mahathir) diguna pakai untuk menyelelesaikan kes ini. Kaedah mudah dan amat berkesan ini ialah:
1.Mengenal Pasti
2.Menganalisa
3.Mencadang Kaedah/Pelan Penyelesaian.
4.Melaksanakan Kaedah/Pelan Penyelesaian.
5.Memantau Perjalanan Pelan Penyelesaian

Untuk mejamin apa yang dicakap dibikin, Pemuda sekali lagi melakukan lawatan susulan ke kediaman mangsa. Lawatan susulan kali ini turut dimantapkan dengan kehadiran pihak JPN dan PPD Kuala Terengganu. Lawatan ini penting bagi untuk memberikan gambaran dan suasana sebenar yang dihadapi mangsa kepada pihak berwajib.

JPN diwakili  penolong pengarah, Cik Norasyikin dan telah menyerahkan 2 sijil kelahiran yang telah siap kepada kak Rohani. Baki 2 lagi sijil yang belum siap kerana sedang diproses JPN Putrajaya dan Selangor.
Pengarah PPD, Tuan Haji Matsor bin Ismail juga telah berjanji akan menyelesaikan masalah berhubung pendaftaran persekolahan mereka secepat mungkin.


Sebagai permulaan dan persiapan mereka untuk menghadapi alam persekolahan nanti, Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu, Sdr badrol Hisham telah menyumbangkan beberapa barangan utama persekolahan berupa beg, pakaian, dan juga kasut.
Sumber Gambar dan Cerita:
Facebook Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu

Interested for our works and services?
Get more of our update !