Followers

UMNO ON-LINE

My Blog List

Badrol's List 2

My Blog List

Rangkaian Kami

My Blog List

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Showing posts with label Aspirasi. Show all posts
Showing posts with label Aspirasi. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

Anda 100% Selamat Bila Ke Blog Badrol Hisham Zaki

Ya kami perihatin tentang keselamatan anda bukan sahaja fizikal malah minda anda juga. Oleh kerana itu kami telah menyerahkan diri kami untuk diperiksa dan diuji oleh Google. Dan keputusannya sebagaimana tertera. Jemputlah datang dan jangan risau anda selamat disini

Wednesday, 3 December 2014

Ikon Chef Haziq - lambang kualiti dan dedikasi kami

Kami lancarkan ikon Chef Haziq dengan lafaz Bismillah, mengambil kesempatan dan keberkatan penghulu segala hari,hadiah istimewa kami sempena hari lahir Haziq, penama ZIQ Bakery and Cake, kami dengan rendah diri memperkenalkan Ikon Chef Haziq - lambang kualiti dan dedikasi kami untuk meneruskan legasi Bersih Yakin Suci produk Halalan Toyyiban ZIQ Bakery And Cake..Amin.

Wednesday, 29 August 2012

Peranan Generasi Muda Mengisi Kemerdekaan - Dr. Sapora Sipon

oleh Dr. Sapora Sipon.
03/09/2007
Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia

PENGISIAN kemerdekaan memerlukan usaha yang berterusan daripada semua warga terutama sekali generasi muda. Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha kuat mereka dan dasar-dasar kerajaan.

Sunday, 22 July 2012

Dedikasi Sukarelawan BNYV Geng Masjid Perlu Dicontohi.

Dedikasi dan komitmen mereka sungguh memberangsangkan. Walaupun baru saja ditubuhkan, sukarelawan BNYV adalah sukarelawan Muda BN (Geng Masjid) yang dianggotai oleh anak-anak muda dipersekitaran Kuala Terengganu.

Kumpulan seramai 50 anggota bermotorsikal ini begitu tekun dan fokus dalam setiap aktiviti. Kehadiran sukarelawan BNYV dalam Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ini telah banyak membantu membereskan banyak perkara. Mereka tidak kekok dan menunjukkan minat yang mendalam dalam melakukan kerja amal.

Kehadiran sukarelawan BNYV juga telah mempercepatkan kerja-kerja pengagihan dan penyerahan produk bantuan berupa beras dan khurma sempena ramadhan kepada warga emas dan juga warga OKU di persekitaan Ladang.

Selain daripada aktiviti beramal sambil bermotorsikal, sukarelawan BNYV juga turut membantu mempersiap dan membersihkan kawasan persekitaran lokasi program.

Kepada sukarelawan Geng Masjid BNYV, sumbangan anda amat kami hargai dan jutaan terima kasih kami ucapkan. Tahniah juga kami ucapkan kerana telah berjaya menubuhkan dan melancarkan Sukarelawan Geng Masjid. terima Kasih dan Tahniah daripada kami.

Tuesday, 17 July 2012

Jemputan Meraikan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Anda Dengan segala hormatnya dijemput ke Forum Perdana Ahlan Wa Sahlan Ya-Ramadhan 19 Julai 2012 Khamis malam Jumaat Masjid Al-Muktafi Billah Shah Ladang Moderator: Y.Bhg. Datuk Zuber Embong Ahli Panel: 1.Y.Bhg. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim - Pensyarah di Jab Syariah UKM, Mursyid Imam Muda, Penceramah Jemputan TV Al-Hijrah, Astro TV9. 2.Y.Bhg. Ustaz Zul Ramli Mohd Razali - Perunding Motivasi

Tuesday, 14 February 2012

Selamat Harijadi Dato' Seri MB

Selamat Hari Jadi Dato' Seri MB Selamat Panjang Umur, murah rezeki dan sihat walafiat.
Selamat Hari Jadi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said. Selamat Panjang Umur, murah rezeki dan dikurniakan sihat walafiat untuk terus merakyatkan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Monday, 21 November 2011

Tahniah Pemuda UMNO Dengan Slogan Baru

Tahniah Pemuda UMNO Malaysia diatas pelancaran slogan baru "BN pilihan Orang Muda"

Wednesday, 21 September 2011

The Pictorial Akan Menemui Anda Tidak Lama lagi

Tunggu kehadirannya tidak lama lagi.

Wednesday, 7 September 2011

Pas Boleh Terus Berundur Ke Belakang Mempertikai Sejarah Silam. Undurlah Kamu.



Tetapi kami akan terus memecut laju ke hadapan dengan 1 suara  1 pilihan jelas lagi nyata, merakyatkan perjuangan untuk kami bersama-sama melakar sejarah baharu. Anda bersama kami?

Sunday, 4 September 2011

Kemelut 4 Warga Tanpa Negara Akhirnya Terurai Ditangan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu


4 Ogos 2011 Tiada sijil kelahiran... tidak boleh bersekolah

KUALA TERENGGANU: Tiada tempat di sekolah bagi empat beradik seperti kanak-kanak lain apabila mereka didapati tidak mempunyai sijil kelahiran.
Norhidayah Mohd Zaki, sembilan tahun, dan adik-adiknya - Nordiana, lapan tahun; Mohd Alif, tujuh tahun; dan Mohd Syawal, lima tahun - tidak boleh masuk sekolah, yang memerlukan dokumen-dokumen itu bagi tujuan pendaftaran.

Ibu mereka, Cik Rohani Ngah, 33 tahun, mengaku bahawa masalah tersebut berpunca daripada kelalaiannya.

Cik Rohani berkata, beliau telah menikahi suaminya, Encik Mohd Zaki Othman, 48 tahun, tanpa restu daripada keluarganya.

'Saya sanggup dipersalahkan kerana kami tidak pernah memikirkan kesan jangka panjangnya apabila kami menikah.

 'Sekarang anak-anak kami terpaksa menghadapi akibat daripada kesilapan kami; tidak ada bukti perkahwinan bermakna tidak ada sijil kelahiran bagi anak-anak,' kata Cik Rohani, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, di sini, kelmarin.
Cik Rohani menjelaskan bahawa anak kelima mereka, Nurul Fatihah, yang berusia tiga tahun, mendapat sijil kelahirannya selepas beliau dan suaminya akhirnya mendaftarkan perkahwinan mereka pada 2005.

'Amat memalukan apabila jiran kami memandang rendah kepada kami,' kata Cik Rohani, sambil menambah bahawa beliau kini bergantung kepada Biro Aduan Pemuda Umno bagi mendapatkan bantuan.

Cik Rohani berkata, hatinya hancur setiap kali melihat wajah sedih anak-anaknya itu apabila mereka meminta disekolahkan seperti kanakkanak lain.

Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Encik Badrol Hisham Zaki, telah memberi jaminan bahawa beliau akan membantu mereka mengatasi masalah mereka itu secepat mungkin.

'Siasatan kami menunjukkan ia tidak seharusnya menjadi satu masalah (bagi mendapatkan sijil-sijil kelahiran itu), kerana ibu bapanya adalah warga Malaysia.

Bagaimanapun, kami telah memberikan Jabatan Pendaftaran Negara waktu untuk menyelesaikan perkara itu,' kata beliau. -- The Star.

Thursday, 1 September 2011

Terima Kasih Daun Kedidi.

Terima Kasih Daun Kedidi. InsyaAllah jika dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki kita jumpa lagi dirumah terbuka Aidilfitri ditahun-tahun yang akan datang. Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir pada majlis Rumah terbuka Badrol Hisham hari ini.

Saturday, 27 August 2011

Kami Mahu Jadi Yang Terbaik.

Kami Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dan kami berusaha melakukannya tanpa jemu kearah itu dengan “Program Jauh Dimata Dekat DiHati, Dekat Di Mata Akrab Di Hati. 

Kami sekata dalam menyelaraskan kata dan menzahirkannya melalui tindakan yang membuahkan rasa dekat dihati rakyat kepada kami. Walau pun ada suara sumbang yang menuduh pelbagai, ia tidak sedikit pun menggugat perjuangan kami. 

Ia tidak akan “Sumbing” dengan suara sumbang tuduhan. Apa yamng telah kami lalui kami jadikan sempadan dan apa yang mendatang tetap kami hadap. Sempena Ramadan dan menanti kedatangan Syawal yang dirindui kami laksanakan pelbagai program untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa dekat Di Mata dan Akrab Di Hati. 

Segala program akan kami kongsi bersama anda dalam siri-siri seterusnya. Kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan membuktikan kata melaksanakan cakap kerana kami tahu yang TERBAIK tidak akan pernah datang bergolek. Segala kemungkinan kami hadap

Badrol Hisham
Ketua Pemuda Umno
Bahagian Kuala Terengganu.

Monday, 18 April 2011

“PEMUDA HARAPAN BANGSA” Tan Sri Senu Ahmad. Pemuda Umno 1964-1971

TAN SRI SENU ABDUL RAHMAN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO YANG KE EMPAT (1964-1971)
(1970-1971 – Dipangku Oleh Datuk Hj Ahmad, Naib Ketua Pemuda)


“PEMUDA HARAPAN BANGSA”

SENU yang mengambil alih kepimpinan Pemuda pada peringkat awalnya hanya meneruskan dasar-dasar Sardon. Bagaimanapun cabaran pertama Senu bermula apabila Lee Kuan Yew mengusulkan pemindahan Singapura daripada Malaysia.

Kenyataan Lee Kuan Yew tentang status pribumi telah menyentuh perasaan orang Melayu. Pada 14 Mei 1965. Pemuda meluluskan satu resolusi yang mendesak Kerajaan Pusat agar mengambil tindakan terhadap Kuan Yew. Bagaimanapun, mereka terpaksa akur apabila akhirnya Tunku telah mengisytiharkan Tunku telah mengisytiharkan pemisahan Singapura dengan Malaysia pada Ogos 1969 satelah gagal diselesaikan di meja rundingan.

Thursday, 14 April 2011

Terima Kasih Kerana Ingatan

Pejam celik, pejam celik Alhamdulillah usia telah dipanjang Allah SWT. Terima kasih kerana ucapan dan doa sahabat semua, tahun ini masih berupaya menyambut hari ulangtahun sekali lagi. Macam biasa seperti terdahulu, saya menerima ucapan tahniah dan doa selamat hari jadi melalui sms, kad ucapan dan tidak ketinggalan di Facebook Badrol Hisham Zaki. Terima Kasih semua kepada semua yang menghantar ucapan. Yang tak hantar tu bukan tak ingat, biasalah..faham sangat kita tentu kesibukan. Apa-apa pun yang laing mengembirakan setiap ucapan dan sambutan harilahir ialah keluarga tersayang yang sentiasa memberi sokongan dan inspirasi kepada diri. Ucapan dan dorongan sahabat menjadi pencetus dan penambah semangat perjuangan ini. Semuga hubungan keakraban ini diterukan dan berkekalan sehingga akhir hayat. Salam untuk semua dan terima kasih diatas segalanya -Badrol Hisham Zaki. Sekarang berada di Sarawak membantu kempen BN.

Friday, 8 April 2011

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 3

Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam beberapa siri posting berikutnya, saya akan mengemukan sejarah perjuangan Pemuda Umno Malaysia bermula sebelum merdeka sehingga kini. Cerita yang ditulis oleh Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah dimuatkan dalam Pemuda Umno Online diolah dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih pendek. Tujuan posting ini dilakukan agar ia sentiasa menjadi panduan kepada diri sendiri dan juga sahabat dalam menghayati sejarah untuk kita mencipta sejarah baru pemuda di masa yang akan datang – Badrol Hisham Zaki. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 3

Oleh : Mohd Khusairi Abdul Talib

Dato” Onn pada mulanya membantah cadangan Pemuda UMNO ini. Baginya , slogan “Hidup Melayu” telah berakar umbi dalam jiwa orang Melayu selama lebih lima tahun, dan slogan itulah yang telah dapat menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu daripada perpecahan sejak beratus-ratus tahun sebelum penubuhan UMNO.

Selain, itu, Dato’ Onn berpendapat, slogan “Merdeka” pernah dilaungkan oleh PKMM pimpinan Ibrahim Yaakub, satu pertubuhan yang telah diharamkan oleh Inggeris dan pernah bermusuhan dengan UMNO.

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 2

Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam beberapa siri posting berikutnya, saya akan mengemukan sejarah perjuangan Pemuda Umno Malaysia bermula sebelum merdeka sehingga kini. Cerita yang ditulis oleh Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah dimuatkan dalam Pemuda Umno Online diolah dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih pendek. Tujuan posting ini dilakukan agar ia sentiasa menjadi panduan kepada diri sendiri dan juga sahabat dalam menghayati sejarah untuk kita mencipta sejarah baru pemuda di masa yang akan datang – Badrol Hisham Zaki. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 2

Oleh : Mohd Khusairi Abdul Talib

Perikatan Pemuda UMNO kemudiannya menerima kehadiran Dato’ Abdul Razak bin Hussain (kemudiannya Tun) selaku ketua secara tidak dirancang. Ketika hadir sebagai pemerhati dalam Persidangan Perikatan Pemuda pada Ogos 1950 di Kuala Lumpur, para perwakilan telah melantik Tun Razak sekalu Ketua Perikatan Pemuda tanpa ditandingi, walaupun ianya tidak dijangkakan oleh pemimpin kelahiran Pahang ini. Tun Razak menerima jawatan itu, biarpun beliau lebih banyak menjurus tenaga kepemimpinannya terhadap UMNO keseluruhannya.

Pada tahun 1951, Tun Razak dan Tun Sardon jubir membuat satu persefahaman yang agak unik dalam sejarah UMNO. Mereka bersetuju untuk bertukar jawatan masing-masing, dengan Tun Razak mengambil alih jawatan Timbalan Presiden – orang kedua pentingnya di dalam UMNO selepas Dato’ Onn, dan Tun Sardon menjadi Ketua Perikatan Pemuda. Dari situ, ber4mulalah era baru dalam sejarah kepemimpinan Pemuda, dari sebuah pergerakan yang dilihat agak pasif, kepada satu gerakan pendesak yang digeruni oleh pihak lawan, termasuk daripada penjajah Inggeris.

Perikatan Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Tun Sardon selaku ketua, dan Datuk Ahmad Badawi selaku naib ketua telah melakarkan satu sejarah Pemuda yang cukup berwibawa, tegas dan drastic. Dalam menghadapi era pra-merdeka, Tun Sardon berjaya mencorakkan Perikatan Pemuda UMNO sebagai satu kumpulan pendesak (pressure group) yang tidak pernah dimimpikan oleh sesiapa sebelumnya.

Perikatan Pemuda UMNO telah banyak memainkan peranan mempercepatkan proses kemerdekaan Negara, satu perkara yang dianggap oleh Inggeris sebagai benar-benar mengancam kedudukan mereka. Selain itu, Tun sardon telah dapat memulihkan semula maruah orang Melayu yang telah dijajah selama 446 tahun, dengan beberapa tindakan tegas yang mencabar keangkuhan Inggeris, khususnya menjelang kemerdekaan.

Pada 1951, Perikatan Pemuda UMNO mencadangkan supaya slogan “Hidup Melayu” ditukarkan kepada “Merdeka” . Bagi Pemuda, apa gunanya Melayu terus hidup sedangkan diri dijajah. Biarpun slogan “Hidup Melayu” telah dapat membangkitkan semangat orang Melayu untuk menentang Malayan Union dan membawa kepada penubuhan UMNO pada 1946, tetapi slogan itu perlu ditukar kepada satu perjuangan yang lebih jelas, iaitu menuntut kemerdekaan hakiki daripada Inggeris.

Bersambung ke bahagian 3

Thursday, 7 April 2011

Menghayati Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO

Sejarah Perjuangan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam beberapa siri posting berikutnya, saya akan mengemukan sejarah perjuangan Pemuda Umno Malaysia bermula sebelum merdeka sehingga kini. Cerita yang ditulis oleh Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah dimuatkan dalam Pemuda Umno Online diolah dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih pendek. Tujuan posting ini dilakukan agar ia sentiasa menjadi panduan kepada diri sendiri dan juga sahabat dalam menghayati sejarah untuk kita mencipta sejarah baru pemuda di masa yang akan datang – Badrol Hisham Zaki. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO Pra-Merdeka Bahagian 1

Oleh : Mohd Khusairi Abdul Talib
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang wujud ketika ini telah melalui pelbagai proses kematangan dan cabaran sejak mula ditubuhkan. Ia telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin Negara yang berkaliber dan disegani, dan sentiasa menekankan soal kepentingan bangsa Melayu sebagai intipati perjuangannya. Biarpun pergerakan ini dIterajui silih berganti, tetapi asas perjuangannya tetap sama, iaitu sebagai kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu membabitkan agama, bangsa dan Negara. Pemuda UMNO sentiasa berperanan selaku sayap kanan kepada badan induk UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan Negara sejak Pilihanraya Umum 1955.

Friday, 1 April 2011

Hubungi Saya Badrol Hisham Zaki





bprcia@mybn2u

Interested for our works and services?
Get more of our update !